Soft Wind artwork

Soft Wind Lyrics

Album: The Complete Ahmad Jamal Trio Argo Sessions 1956-62 · 3:21

Play 30-second preview
Free preview via Apple Music
3:21

Lyrics

Mata tua yang memandang aku
Itu
Bundar
Pudar
Dia tak mahu bilang apa yang
Mencengkam jiwa usangnya
"biar"
Katanya, "biar".
Wahai ayahanda
Berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang
Melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar
Apa menyerabut?
Wahai ayahanda
Bercukuplah menggagah tulang
Rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mahu tahu
Mata tua yang bagai ada sakti
Dewa-dewi itu
Harum
Senyum
Dipukaukan aku nan terus
Terpana dan terlupakan
"biar"
Katanya lagi, "biar"
Wahai ayahanda
Bisikkanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan
Bahu
Berikan aku seperca dari beban
Kamu
Wahai ayahanda
Lihatkanlah aku
Berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah
Pergi
Ah, apa masih ingat lagi
Aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli
Ku biar kau patah hati
Ah, apa masih tidak lupa
Tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja
Sahabat lebih berharga
Ah, apa mampu kau sudikan
Ampun maaf ku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan
Ku sesat kau tunjuk jalan?
Ah, apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti

Lyrics via LRCLIB — the free, open lyrics database.

Search Genius for this song ↗

Advertisement

More Lyrics

  1. 1Patient Zero LyricsTaylor Swift
  2. 2Waste My Time LyricsMarc Atlas
  3. 3Patient Zero (Piano Version) LyricsTaylor Swift
  4. 4Patient Zero (Acoustic Version) LyricsTaylor Swift
  5. 5Choosin' Texas LyricsElla Langley
  6. 6BAD TIMES LyricsImael Angel
Advertisement